clear
0

About Us

Kami bermula dengan pencarian yang mencabar untuk mendapatkan product supplier yang berpengetahuan luas dalam bidang penjagaan kulit, jujur dalam segala urusan dan mampu memenuhi permintaan kami dalam menghasilkan produk yang berkualiti tinggi dan berkesan kepada pengguna untuk nilai wang mereka.

Kedai produk pertama kami bertempat di Pusat membeli belah Danga City Mall di mana kami aktif mengedarkan sample-sample percuma produk kami kepada pengunjung mall dalam usaha memperkenalkan produk keluaran syarikat kami.

Kami juga menjalankan perniagaan secara atas talian melalui website kami Viva Glowrious SCS dimana kami menerangkan secara terperinci setiap produk keluaran syarikat kami berserta harga yang ditawarkan.
 
about us
 
Syarikat Viva Glowrious Enterprise ditubuhkan pada 12 Mei 2015 dan terus aktif sehingga kini.

Syarikat kami memasarkan produk penjagaan kulit yang berasaskan bahan-bahan alami yang bermutu tinggi dan berkesan dalam menangani pelbagai masalah kulit muka pada harga yg berpatutan.

Sehingga kini, Viva Glowrious Enterprise mempunyai 6 jenis produk, iaitu:
  • Velvet D.D Crème
  • Mystique Make-up Setting Spray
  • Rosaura ( penjagaan kulit normal )
  • Zit ( Kulit Berjerawat )
  • Jeune ( Anti Penuaan )
  • Belle Beauty Cream ( Kulit Normal / berminyak )
 

OUR VISION

Kami merupakan sebuah syarikat kecil yang berimpian besar untuk melangkah lebih jauh di dalam bidang penjagaan kulit dan kosmetik.

Kami komited dengan visi kami untuk membawa nama syarikat kami di persada antarabangsa dan terus berkembang ke beberapa cabang lain yang mampu menjadikan syarikat ini sebagai satu empayar perniagaan dan sebuah jenama yang mampu berdiri gah di mata dunia.
 

OUR MISSION

Syarikat kami komited dalam mengeluar dan memasarkan produk kecantikan berkualiti tinggi, mesra alam dengan harga mampu milik agar pelanggan kami mampu menikmati hasil yang memuaskan, tapi menjimatkan dari segi nilai wang mereka.
 
Misi kami juga tertumpu kepada mengembalikan keyakinan diri kepada pelanggan pelanggan yang menggunakan produk kami . Kebanyakan pelanggan kami datang dengan harapan besar produk ini dapat menangani masalah mereka.

Dengan maklum balas dari mereka, kami bangga produk syarikat kami mampu menyelesaikan masalah mereka dengan berkesan kerana, slogan syarikat kami ialah :
“Your Confidence…Our Pride”
yang membawa maksud,
“Keyakinan anda…Kebanggaan Kami”
  About Us